Jumaat, 25 Februari 2022

Tips mendapat hasil lukisan wajah yang mirip dengan wajah yang dilukis

Untuk menjadi seorang pelukis yang mahir,anda hendaklah selalu membuat latihan melukis.Melukis wajah boleh dibuat dengan mudah akan tetapi untuk mendapatkan hasil yang mirip dengan wajah sebenar memerlukan skil tertentu. Bagi yang baru mula belajar melukis sebaiknya belajarlah menguasai propotion wajah.Ini sangat penting untuk membuat lukisan anda lebih realistik.Untuk yang sudah terbiasa dan sudah lama menggunakan teknik melukis wajah dengan cara sendiri pun masih perlu memahami propotion wajah agar hasilnya tambah lebih menarik. Jadi untuk mendapat hasil lukisan wajah yang sama dengan wajah yang dilukis anda hendaklah mahir dalam melukis bahagian mata.Setiap lekuk mata perlu diamati dan jangan ada yang dilepaskan.Setiap orang memiliki mata yang berbeza maka dengan memerhati setiap detail pada bahagian mata dan melakarnya dengan baik akan membuat lukisanmu kelihatan mirip dengan wajah asli. Jika anda seorang yang baru ingin belajar melukis wajah maka anda perlu belajar melukis mata dengan betul.Mata dapat menghidupkan sebuah lukisan wajah biarpun pada dasarnya ianya hanya satu lukisan kasar. Perlu anda ketahui terdapat pelbagai jenis lukisan wajah dan bagi saya yang paling hebat adalah lukisan potret wajah yang realistik kerana ianya menampilkan hasil yang sempurna dan seakan-akan sebuah foto yang diambil dari kamera. Walau bagaimanapun saya lebih minat kepada lukisan potret yang simple atau ringkas kerana walaupun ianya sebuah karya lukisan yang mungkin tidak sempurna tapi masih dapat dikenali siapa wajah yang dilukis dan ini adalah lebih menarik.Itu hanya lah pandangan saya dan sudah tentu lain orang lain citarasanya. Video ini memaparkan lukisan potret yang ringkas tapi kelihatan mirip dengan wajah yang dilukis. Jangan pernah berputus asa dalam mempelajari sesuatu.Latihan berpanjangan akan membuahkan hasil yang sempurna.insyaAllah.